Zoo Malaysia Rai Hari Jadi Panda

2020-01-15 12:13:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125461265_11n

Zoo Negara Malaysia semalam menyambut ulang tahun ke-2 kelahiran Yi Yi, panda betina kedua yang dilahirkan di Malaysia. 
 
Hari yang istimewa itu dimeriahkan dengan kedatangan ramai pencinta panda dari Malaysia, China dan Jepun. 

Penjaga Yi Yi memaklumkan, si comel itu membesar dengan sihat dan berat badannya sudah mencecah 67 kilogram.

图片默认标题_fororder_1125461296_11n


Berbanding kakaknya Nuan Nuan yang juga dilahirkan di Malaysia, Yi Yi  dikatakan lebih mesra dan mudah bergaul dengan manusia. 

图片默认标题_fororder_1125461281_11n
 

Yi Yi kini tidak lagi tinggal bersama ibunya, Liang Liang. Dua ekor panda tersebut berjumpa dengan pengunjung pada masa yang berlainan setiap hari.

Yi Yi yang lahir pada 2018, anak kedua kepada pasangan Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan melalui perjanjian kerjasama konservasi panda dengan China selama sepuluh tahun. Anak panda itu dinamai Yi Yi yang membawa maksud "persahabatan", dengan harapan ikatan antara China dan Malaysia bertambah erat.

张宪