Thailand Mula Rasai Kemeriahan TBC

2020-01-16 13:50:15  CRI
Share with:

Kemeriahan sambutan Tahun Baharu China (TB) mula dirasai di Thailand dengan pelancaran aktiviti "TBC Gembira" di Dataran Siam, Bangkok pada 14 Januari lalu.

Acara dianjurkan oleh Kementerian Budaya dan Pelancongan China dengan kerjasama pelbagai badan dan persatuan berkenaan.

Pada tahun ini, barisan pemimpin Thailand dihidangkan dengan persembahan tarian singa di pekarangan pejabat perdana menteri buat julung kalinya. 

PM Prayuth Chan-ocha bersama-sama timbalan perdana menteri dan jemaah menteri menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin kepada tetamu yang hadir.

Sempena ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik China dan Thailand tahun ini, Kementerian Budaya dan Pelancongan China akan menghantar rombongan seramai lebih 150 seniman dari enam provinsi dan bandar untuk membawa pelbagai persembahan menarik ke Bangkok, Phuket, Chiang Mai dan tempat-tempat lain di Thailand.

曹捷