Sidang Meja Bulat Media di Yangon

2020-01-16 14:13:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1

Kumpulan Media China (CMG) menganjurkan satu sidang meja bulat di Yangon semalam, bagi memperkasakan interaksi antara media China dan Myanmar.

Sidang bertemakan kerjasama Jalur dan Laluan itu diadakan menjelang kunjungan Presiden Xi Jinping ke negara itu, yang dijadualkan pada hujung minggu ini.

Lebih 70 warga media dari kedua-dua negara hadir untuk membincangkan peranan media dalam mendorong kerjasama Jalur dan Laluan serta menggalakkan perkembangan hubungan bilateral.

Para peserta bersependapat bahawa persefahaman merupakan asas bagi perkembangan hubungan bilateral dan pembangunan bersama Jalur dan Laluan. Media menggalas tanggungjawab untuk menyuburkan persefahaman sesama rakyat, supaya konsep komuniti berkongsi nasib dapat bertapak di hati rakyat. 

图片默认标题_fororder_2

Media kedua-dua negara perlu terus merancakkan pertukaran dan kerjasama, bersama-sama menghadapi situasi antarabangsa dan serantau yang sering berubah, sambil menggalakkan pembinaan koridor ekonomi demi kesejahteraan seluruh rakyat.

Sidang meja bulat tersebut turut menyaksikan pelancaran buku "Xi Jinping dengan Jalur dan Laluan" versi bahasa Myanmar.

曹捷