China, Myanmar Kongsi Peluang Pembangunan

2020-01-17 13:49:56  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping dijadualkan melawat Myanmar pada 17 hingga 18 Januari, atas undangan Presiden Win Myint.

Dalam wawancara bersama Kumpulan Media China (CMG) menjelang lawatan tersebut, Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai menyatakan bahawa impian China untuk kebangkitan nusa dan bangsa serta impian Myanmar untuk pembangunan negara boleh saling mendorong dan berkongsi peluang pembangunan.

Katanya, lawatan Presiden Xi yang bertepatan dengan ulang tahun ke-70 ikatan diplomatik China dan Myanmar, dilihat sebagai peluang keemasan untuk kedua-dua negara menyelaraskan strategi pembangunan, menjalin kerjasama baharu dan menggalakkan kemajuan dalam projek-projek utama melibatkan bidang ekonomi.

China dan Myanmar sedang mengusahakan pembangunan Jalur dan Laluan serta koridor ekonomi dua negara.

China bersedia memberi sokongan dari segi pendidikan, perubatan, pembasmian kemiskinan dan projek-projek lain yang melibatkan kesejahteraan rakyat, mengikut pelan pembangunan dan keperluan Myanmar. Sinergi juga akan diperkasakan dalam bidang pertanian, pelancongan dan pembinaan infrastruktur.

Beliau berkata, China teguh menyokong jalan pembangunan yang ditempuh Myanmar berdasarkan keadaan negara sendiri, serta usaha kerajaannya untuk melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

Tahun 2020 ditetapkan sebagai Tahun Pelancongan dan Budaya China-Myanmar. Kedua-dua pihak akan mempertingkat interaksi dan kerjasama dalam bidang pendidikan, budaya, pelancongan, agama dan media supaya mengeratkan lagi persefahaman dan persahabatan antara rakyat.

张宪