China, Myanmar Bentuk Komuniti Berkongsi Nasib yang Lebih Rapat

2020-01-17 14:46:28  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping akan memulakan kunjungan pertama ke luar negara bagi tahun ini dengan agenda lawatan rasmi ke Myanmar. Ini juga lawatan pertama presiden China ke negara itu selepas 19 tahun.

Dalam artikel yang disiarkan melalui media arus perdana Myanmar, Xi melahirkan harapan agar kedua-dua negara membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat dan membuka lembaran baharu persahabatan "Pauk-phaw" yang sejarahnya menjangkau seribu tahun.

 

Beliau menyarankan supaya kedua-dua negara memperkasakan perkongsian kerjasama dari perspektif strategik dan jangka panjang, di samping mempergiat pertukaran ekonomi dan perdagangan serta menyuntik kedinamikan baharu kepada kerjasama saling untung.

Saranan lain, menggalakkan interaksi dan saling belajar, memperkaya persahabatan "Pauk-phaw", mengintensifkan penyelarasan serta mengekalkan kedamaian dan kestabilan serantau.

高蕾