Xi, Nguyen Phu Trong Utus Kawat Tahniah Ulang Tahun Ke-70 Ikatan Diplomatik China-Vietnam

2020-01-18 14:45:07  CRI
Share with:



Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawat dari Vietnam, Nguyen Phu Trong saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-70 penjalinan hubungan diplomatik China-Vietnam.

Xi menegaskan bahawa China mementingkan hubungan dengan Vietnam dan beliau bersedia bersama-sama Nguyen Phu Trong untuk terus mendorong hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam melonjak ke tahap yang baharu pada era baru ini.

Nguyen Phu Trong pula berkata, dalam tempoh 70 tahun lalu, parti, kerajaan dan rakyat kedua-dua negara berganding bahu untuk memberi sumbangan signifikan bagi usaha kebebasan bangsa dan pembinaan sosialisme. Menurut beliau, Vietnam sentiasa mengutamakan hubungan dengan China dalam dasar luar negara, hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua Vietnam-China diyakini akan terus meningkat di bawah keprihatinan dan pimpinan pemimpin kedua-dua negara.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya, Nguyen Xuan Phuc juga saling mengirim kawat tahniah.
 

张宪