Xi, Sultan Hassanal Bolkiah Ucapkan Tahniah kepada Tahun Pelancongan China-Brunei

2020-01-18 14:39:50  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah saling mengutus surat tahniah kepada Tahun Pelancongan China-Brunei 2020 yang membuka tirainya di Bandar Seri Begawan semalam.

Xi berharap kedua-dua pihak mengambil kesempatan ini untuk memperluas pertukaran lawatan, merancakkan pertukaran budaya dan kerjasama pelancongan, menjadi sahabat baik yang ikhlas dan membangun bersama.

Sultan Hassanal Bolkiah pula menyatakan, China merupakan pasaran pelancongan yang amat berharga bagi Brunei. Beliau percaya jabatan pelancongan kedua-dua negara akan membuat persiapan dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan tahun pelancongan ini.

Tahun 2020, Tahun Pelancongan China-Brunei diumumkan kedua-dua pemimpin tersebut sempena lawatan Sultan Hassanal Bolkiah ke Beijing pada April tahun lepas. Kedua-dua negara akan menganjurkan siri aktiviti termasuk pameran, forum, latihan, pameran warisan budaya dunia dan lain-lain pada sepanjang tahun ini.

曹捷