Buka Era Baharu Hubungan China-Myanmar

2020-01-18 16:25:05  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan rundingan dengan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi pagi tadi waktu tempatan. 

Xi menyatakan, China dan Myanmar bersetuju untuk membina komuniti berkongsi nasib dan ini sekali gus membuka era baharu bagi hubungan dua hala. 

Beliau menegaskan, langkah-langkah terperinci harus diusahakan untuk membuat rancangan dan pelaksanaan bagi interaksi dan kerjasama dalam pelbagai bidang. Di samping itu, panduan politik bagi hubungan dua hala harus ditingkatkan sehingga mendorong hubungan China-Myanmar melonjak ke tahap yang lebih tinggi. 

Setelah rundingan tersebut, kedua-dua pemimpin bersama-sama menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama yang melibatkan politik, ekonomi dan perdagangan, pelaburan, sosiobudaya serta kerjasama tempatan. 

Pada hari yang sama pula, “Kenyataan Bersama Republik Rakyat China dan Republik Persekutuan Myanmar” dikeluarkan.

张宪