Tahun Pelancongan Perkasa Hubungan China, Malaysia

2020-01-20 14:56:56  CRI
Share with:

Tahun Kebudayaan dan Pelancongan China-Malaysia 2020 dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad masing-masing mengucapkan tahniah atas pelancaran aktiviti tersebut.

Li berkata, China dan Malaysia merupakan jiran yang ikatan persahabatannya menjangkau lebih seribu tahun. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan antara kedua-dua negara berkembang baik, sementara kerjasama dua hala dan dalam rangka pelbagai hala seperti China-ASEAN semakin erat. 

Kedua-dua negara diharap dapat merebut peluang sempena Tahun Kebudayaan dan Pelancongan ini untuk memperkasakan pertukaran kebudayaan, kerjasama pelancongan serta pertukaran lawatan rakyat agar memperkukuh asas bagi mempertingkat perkongsian strategik komprehensif.

Tun Mahathir pula yakin bahawa aktiviti Tahun Kebudayaan dan Pelancongan akan membawa kemajuan baharu kepada hubungan antara kedua-dua negara. Beliau turut mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat China.

徐国玮