Persembahan TBC Gembira di Singapura

2020-01-20 13:23:27  CRI
Share with:

Tahun Kebudayaan dan Pelancongan Chengdu-Singapura 2020 dilancarkan kelmarin, serentak dengan persembahan kesenian Tahun Baharu Cina (TBC) Gembira di Pusat Budaya China Singapura.

Atur cara yang menjanjikan pelbagai program budaya dan aktiviti interaktif bertemakan warisan budaya bukan benda, mempesona setiap penonton yang hadir pada acara malam itu.

Ketua Pengarah Pusat Budaya China Singapura merangkap Ketua Pengarah Pejabat Pelancongan China di Singapura, Xiao Jianghua dalam ucapannya menyatakan, pihaknya akan bersama-sama bandar Chengdu menjayakan aktiviti Tahun Kebudayaan dan Pelancongan dengan persembahan, pameran, forum, minggu filem dan lain-lain.

胡星