Pusat Budaya China KL Dirasmikan

2020-01-20 16:46:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_11

Pusat Budaya China Kuala Lumpur dibuka secara rasminya semalam, disaksikan lebih 100 tetamu dari lingkungan politik, perniagaan, budaya, pelancongan, pendidikan dan media Malaysia, serta wakil syarikat China di Malaysia. 

图片默认标题_fororder_22

Perasmian pusat tersebut sempena Tahun Kebudayaan dan Pelancongan China-Malaysia 2020, membantu mempergiat interaksi kalangan rakyat, memperkukuh kerjasama pragmatik dalam sektor kebudayaan dan pelancongan selain memupuk persahabatan sesama negara.

 图片默认标题_fororder_33

Naib Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Zhang Xu dalam majlis perasmian menyatakan bahawa penubuhan pusat itu bukan sahaja satu langkah konkrit untuk melaksanakan konsensus antara pemimpin kedua-dua negara, juga hasil daripada perkembangan hubungan China dan Malaysia pada era baharu ini. 


Beliau berharap pusat berkenaan menjadi jendela yang membolehkan penduduk Malaysia lebih mengetahui budaya tradisional serta keadaan semasa di China. Hal ini dipercayai kondusif kepada pembangunan bersama Jalur dan Laluan, di samping mencipta suasana baik kepada pembangunan yang saling untung antara China dengan Malaysia serta negara-negara ASEAN.

覃淼