Sambutan TBC di Manila

2020-01-20 12:51:47  CRI
Share with:

Ibu negara Filipina, Manila merasai keseronokan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) dengan aktiviti meriah anjuran kedutaan China dan persatuan pelajar China, di Pusat Seni BGC semalam.

Muda-mudi dari kedua-dua negara menghidangkan persembahan yang menggabungkan elemen budaya masing-masing, sambil menzahirkan harapan agar golongan belia berganding tangan dan bahu-membahu buat selama-lamanya.

Hubungan antara China dan Filipina semakin mantap dalam tiga tahun kebelakangan ini, menyaksikan interaksi sosiobudaya dipergiat sementara jumlah pelajar China yang menuntut di Filipina meningkat.

覃淼