Talian Paip China-Myanmar Bawa Manfaat Bersama

2020-01-20 14:57:38  CRI
Share with:

Talian paip yang menghantar minyak dan gas dari Kyaukpyu di Myanmar ke Ruili di China, merupakan projek kerjasama tenaga yang penting antara kedua-dua negara.

Projek mula dibina pada 2010 dan beroperasi pada 2017, membawa manfaat ketara kepada pasaran kerja dan pembangunan setempat selain membekalkan sumber tenaga yang diperlukan untuk pembinaan infrastruktur di sepanjang laluannya.

Setakat Disember lalu, projek itu telah menyumbang hampir USD500 juta (RM20 bilion) kepada masyarakat Myanmar termasuk dari segi cukai, gaji pekerja dan dividen saham.

Seorang petugas projek berkenaan menyatakan usaha sama tersebut penting peranannya bagi menjana pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat dan persahabatan kedua-dua negara.

Bertepatan dengan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Myanmar baru-baru ini, kedua-dua pihak telah mengumumkan rancangan untuk membentuk komuniti berkongsi nasib China-Myanmar.

徐国玮