ASEAN Komited Lonjak Perkongsian dengan China

2020-01-21 12:41:13  CRI
Share with:

ASEAN mengutamakan hubungan dengan China dan peranan China dalam kerjasama Asia Timur. 

Demikian ujar Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi ketika menerima watikah pelantikan Duta Besar China ke ASEAN yang baharu, Deng Xijun di Sekretariat ASEAN semalam. 

Beliau berkata, ASEAN komited berusaha bersama China untuk menggalakkan hubungan dua hala melonjak ke satu tahap baharu.

Deng pula berkata, China selaku rakan strategik penting bagi ASEAN, akan terus menyokong pembinaan komuniti ASEAN serta kedudukan utama blok itu dalam kerjasama serantau. China juga akan menyokong ASEAN memainkan peranan lebih besar dalam pembinaan struktur serantau yang lebih terbuka dan inklusif.

覃淼