Masyuarat Pertama Jawatankuasa China-Brunei

2020-01-22 14:40:49  CRI
Share with:

Mesyuarat pertama jawatankuasa pemandu antara kerajaan China dan Brunei diadakan di Beijing semalam.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Luar China, Wang Yi bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II Brunei, Dato Seri Paduka Haji Erywan.

Wang Yi menyatakan, China dan Brunei bersetuju untuk meningkatkan kerjasama saling untung melibatkan 10 bidang termasuk ekonomi, perdagangan, urusan maritim dan tenaga selain menubuhkan kumpulan kerja khas di bawah rangka jawatankuasa tersebut. Ini dianggap amat signifikan bagi perkembangan hubungan bilateral.

Beliau turut mengulangi komitmen China untuk terus mengamalkan dasar luar bersifat muhibah terhadap ASEAN, serta kesediaan untuk bersama-sama blok itu melaksanakan Deklarasi Tatalaku (DoC) Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan.

Erywan pula berkata, Brunei bersedia melaksanakan konsensus yang dicapai antara pemimpin, mempercepat pembinaan Jalur dan Laluan, serta menggalakkan kemajuan lebih besar dalam perkongsian strategik kedua-dua negara.

胡星