ACCIM Seru Sokongan Padu Lawan Wabak

2020-01-29 13:42:17  CRI
Share with:

Gabungan Dewan Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCIM) memuji usaha kerajaan China melawan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu, sambil menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada usaha itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Presiden ACCIM, Datuk Ter Leong Yap menyatakan, langkah-langkah respons yang diambil China sebaik sahaja tercetusnya wabak berkenaan telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). 

Melihat kepada keprihatian dan kesungguhan kerajaan China, beliau yakin wabak itu pasti akan terkawal tidak lama lagi.

Datuk Ter juga menyatakan, pihaknya telah berhubung dengan Kedutaan Besar China dan Dewan Perdagangan Pelaburan China di Malaysia, dan menggerakkan anggota ACCIM untuk memberi sokongan teguh kepada usaha melawan wabak itu.

曹捷