Singapura Yakin China Mampu Atasi Wabak

2020-01-30 14:58:50  CRI
Share with:


Singapura kagum dengan kesungguhan dan kecekapan China dalam melaksanakan tindakan melawan wabak penyakit pneumonia akibat koronavirus jenis baharu dan menyokong usaha China. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan tatkala berhubung dengan Menteri Luar China, Wang Yi melalui telefon semalam.

Vivian berkata, masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama untuk menghadapi cabaran wabak. Singapura menyanjung tinggi China yang berkongsi maklumat berkenaan secara pantas, dan bersedia terus mengekalkan interaksi yang rapat dengan China serta menghulurkan bantuan. Singapura yakin China mampu mencapai kemenangan dalam perjuangan melawan wabak.

张宪