China, Malaysia Kerjasama Kewangan Digital

2020-02-04 14:06:23  CRI
Share with:

Bank Pembinaan China (CCB) menandatangani memorandum persefahaman dengan beberapa syarikat Malaysia bagi memperkasakan kerjasama dalam bidang perbankan digital baru-baru ini.

Utusan khas Malaysia ke China yang juga Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Kok Wai berkata, usaha sama memajukan bidang berkenaan akan mempercepat pembangunan ekonomi digital Malaysia serta mempermudah aktiviti pelancongan dan perdagangan antara kedua-dua negara. 

Selain mempermudah prosedur kastam, kerjasama ini juga akan membantu syarikat Malaysia menerokai pasaran yang luas di negara-negara Jalur dan Laluan.

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng yang menyaksikan pemeteraian memorandum kerjasama itu berkata, kewangan digital amat signifkan pada masa sekarang dan kerjasama ini akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

 

张哲