Huang Xilian: Tidak Perlu Panik Wabak di China

2020-02-04 16:07:04  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian bertemu dengan Setiausaha Rendah Jabatan Luar Filipina, Brigido Dulay di Manila semalam.

Huang memperkenalkan usaha pencegahan dan kawalan penularan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu di China, dengan mengatakan tindakan yang telah diambil jauh melebihi yang dicadangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Situasi semasa dapat diatasi tanpa perlunya panik atau reaksi keterlaluan.

China bersedia terus meningkatkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa termasuk Filipina dengan sikap yang terbuka, telus dan bertanggungjawab untuk melawan wabak itu.

Dulay yang juga anggota kumpulan kerja respons wabak antara jabatan negaranya, mengucapkan terima kasih atas bantuan dan sokongan pihak China kepada warga Filipina di China, dan bersedia meningkatkan komunikasi bagi menangani wabak itu.

Pada hari yang sama, Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Lopez Locsin dalam media sosialnya menyuarakan keyakinan terhadap China, kerana tiada negara lain dapat membentuk mekanisme pencegahan dan kawalan wabak yang skalanya begitu besar dalam masa yang singkat. Katanya, ini mencerminkan keupayaan China untuk menghadapi sebarang dugaan.

张弘