Dunia Perlu Kerjasama Kawal Wabak

2020-02-04 17:03:05  CRI
Share with:
 
Wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu tidak boleh dilihat sebagai masalah China sahaja, seluruh dunia perlu bekerjasama dengan China dalam kawalan wabak tersebut.
 
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Lee Boon Chye ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) hari ini.
 
Beliau berkata, sebagai salah satu negara pengeluar sarung tangan getah yang terbesar di dunia, Malaysia telah menyediakan 18 juta sarung tangan getah sebagai bantuan kepada China, yang sebahagian daripadanya sudah pun dihantar ke Hubei.
 
Tegas beliau, China telah mengambil pelbagai langkah yang berkesan untuk mengawal wabak, termasuk mengenal pasti, mengasingkan dan mendapatkan maklumat urutan genom virus berkenaan dengan cepat. Ini amat membantu pelbagai negara menghadapi wabak tersebut.
 
Langkah menutup laluan keluar masuk di Wuhan juga amat tepat dan berani. Tanpa persiapan yang sempurna, risiko yang kemungkinan timbul ekoran tindakan seumpama susah dijangka.
 
Dr. Lee menyatakan, Malaysia telah mengambil langkah menyekat kemasukan pelancong dari kawasan wabak, bukannya sekatan terhadap semua pelancong China. Keputusan ini juga diambil berdasarkan keadaan sebenar dan statistik kes jangkitan.
 
张弘