Hubungan Perniagaan China, Malaysia Tidak Terjejas

2020-02-04 12:26:26  CRI
Share with:

Hubungan perniagaan antara Malaysia dengan China tidak terjejas dan dipercayai akan mencapai puncak baharu selepas wabak koronavirus ini mereda.

Demikian dinyatakan Utusan Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai dalam satu majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) melibatkan syarikat kedua-dua negara di Kuala Lumpur semalam.

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng yang juga hadir ke majlis tersebut menyatakan harapan semoga rakyat China sentiasa selamat.

Pada akhir-akhir ini, kerajaan, pertubuhan sosial dan rakyat Malaysia telah memberi sokongan kepada China dalam berbagai-bagai bentuk.

梁靓