Warga China di Langkawi Sembuh daripada Koronavirus

2020-02-05 11:14:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_FB_IMG_1580828275129

Seorang kanak-kanak perempuan warganegara China yang disahkan dijangkiti koronavirus jenis baharu pada 29 Januari lepas sudah sembuh setelah menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan dibenarkan pulang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya semalam turut menyatakan bahawa kes tersebut menunjukkan pesakit yang dijangkiti virus berkenaan boleh sembuh sepenuhnya setelah menjalani rawatan, sama seperti yang dilaporkan di negara China.

Berdasarkan statistik terkini, sebanyak 892 orang telah sembuh di seluruh China setakat semalam.

张弘