Thailand Sedia Bantu China Lawan Wabak

2020-02-06 12:13:41  CRI
Share with:

China dan Thailand dua jiran dekat dan sahabat karib, dan China akan terus melindungi kesihatan dan keselamatan warga Thailand di China sama seperti melindungi rakyat sendiri.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Thailand, Don Pramudwinai melalui telefon kelmarin.

Wang Yi mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bekalan barang bantuan dari Thailand untuk melawan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu.

Katanya, usaha China melawan wabak tersebut sudah menampakkan hasil, dengan bilangan sembuh semakin banyak melebihi yang meninggal dunia. China akan mempergiat kerjasama secara terbuka dan telus dengan pelbagai negara.

Don Pramudwinai pula menyatakan pihaknya teguh menyokong perjuangan China pada masa sukar ini, dan bersedia memberi bantuan dengan sedapat mungkin.

梁靓