Indonesia Sokong China Perangi NCP

2020-02-12 12:24:37  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo melalui telefon malam semalam.

Xi berkata, pada masa kritikal dalam perjuangan melawan wabak pneumonia koronavirus baharu (NCP), China mengucapkan terima kasih atas persahabatan, sokongan, kepercayaan dan persefahaman Indonesian selaku rakan strategik komprehensif.

China dan Indonesia dua negara membangun besar, disarankan berganding bahu untuk memikul lebih banyak tanggungjawab. China bersedia menyambung tradisi kejiranan baik, memperdalam penyelarasan strategi pembangunan, melaksanakan projek penting di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) termasuk landasan kereta api laju Jakarta-Bandung, agar membawa limpahan faedah kepada rakyat.

Xi menambah, China menjunjung konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, bertanggungjawab bukan sahaja kepada keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat sendiri, malah seluruh dunia. China akan mengekalkan sikap terbuka dan telus, mengintensifkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa termasuk Indonesia, menjaga kesihatan awam serantau dan sedunia, dan melindungi warga asing yang berada di China.

Jokowi menyampaikan rasa simpati atas situasi semasa, berserta kesediaan untuk terus menghulur bantuan seperlunya.

高蕾