Laos Sokong China Lawan Wabak

2020-02-13 12:05:29  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_laos

Persatuan Persahabatan Laos-China bersama-sama kerajaan ibu kota Vientiane menganjurkan aktiviti kutipan derma untuk menyokong perjuangan China melawan wabak pneumonia koronavirus baharu.

Acara yang berlangsung Selasa lalu berjaya mengumpulkan dermaan melebihi USD500,000 (RM2.1 juta) daripada lebih 300 syarikat dan dewan perniagaan.

图片默认标题_fororder_laos2

Sebelum ini, pelbagai lapisan masyarakat Laos telah menyumbangkan bahan-bahan perubatan termasuk 760,000 penutup hidung dan mulut serta 160,000 pasang sarung tangan.

Pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Laos, Somdy Douangdy menyanjung tinggi langkah-langkah yang telah diambil China. Beliau percaya rakyat China mampu mengatasi dugaan semasa dengan pimpinan kerajaan serta sokongan masyarakat antarabangsa.

高蕾