Ganding Bahu Lawan Wabak

2020-02-14 11:30:07  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghubungi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi telefon malam tadi.

Xi berkata panggilan telefon yang dibuat pada masa kritikal dalam perjuangan melawan wabak koronavirus, mencerminkan persahabatan dan sokongan Malaysia terhadap China.

Walaupun interaksi normal terjejas akibat wabak, namun ikatan mendalam antara rakyat kedua-dua negara tidak akan goyang. China dan Malaysia  harus berganding bahu mengatasi dugaan ini, sambil berusaha memperdalam hubungan bilateral, terutamanya kerjasama melibatkan pembangunan Jalur dan Laluan agar membawa manfaat lebih besar kepada negara dan rakyat.

Tun Mahathir telah menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat China.

高蕾