ASEAN Sokong Usaha China Lawan Wabak

2020-02-16 16:49:49  CRI
Share with:

ASEAN menyuarakan sokongan terhadap usaha China melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Vietnam selaku pengerusi bergilir ASEAN dalam kenyataan semalam juga menekankan perlunya semua anggota blok itu berganding bahu menghadapi wabak tersebut.

Dimaklumkan, ASEAN telah menggerakkan kerjasama berkenaan dengan China, Jepun dan Korea Selatan, di samping memperhebat perkongsian maklumat, pengalaman dan pelan tindakan sesama anggota serta dengan rakan-rakannya dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

高蕾