China, ASEAN Panggil Mesyuarat Khas

2020-02-18 13:42:49  CRI
Share with:


Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri mesyuarat khas menteri-menteri luar China-ASEAN mengenai wabak koronavirus baharu (COVID-19) di Vientiane, Laos pada 19 hingga 21 Februari. 

Jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang semalam menyatakan, mesyuarat tersebut bagi memperkasakan kerjasama menangani wabak tersebut, di samping memelihara kesihatan dan keselamatan rakyat serantau malah menyumbang kepada kesihatan awam sedunia. 

Wang Yi akan memperkenalkan tindakan yang diambil China untuk melawan COVID-19. Beliau juga akan bertukar-tukar pendapat dengan para menteri untuk memperhebat pencegahan dan kawalan bersama, mengekalkan interaksi normal dalam aspek sosial dan ekonomi, serta membincangkan pembinaan mekanisme jangka panjang berkaitan kerjasama kesihatan awam.

王瑾