China, ASEAN Intensifkan Kerjasama Kesihatan

2020-02-20 11:09:18  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_7dd98d1001e93901315078d90b1668e134d19683



Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Setiausaha Agung ASEAN, Dato’ Lim Jock Hoi di Vientiane, Laos malam semalam.
 
Wang berkata, China mengucapkan terima kasih atas sokongan pihaknya terhadap penganjuran mesyuarat khas menteri-menteri luar China-ASEAN mengenai wabak koronavirus baharu (COVID-19). Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Sekretariat ASEAN yang mengatur telesidang pakar kesihatan China-ASEAN. 

Wang Yi berkata, kesihatan awam adalah perjuangan bersama yang merentasi sempadan, dan China bersedia mengintensifkan kerjasama dengan ASEAN dalam bidang tersebut, sekali gus memberi konotasi baharu bagi hubungan dua hala. 

Dalam pada itu, Lim Jock Hoi berkata, ASEAN sentiasa menyokong China dalam usaha untuk mencegah dan menghalang perebakan wabak. Menerusi kerjasama kali ini, hubungan kedua-dua pihak dijangka menjadi lebih kuat dan berdaya tahan. Beliau yakin mesyuarat khas berkenaan akan mencapai hasil yang memuaskan.

王瑾