Mesyuarat Menteri Luar Ke-5 LMC

2020-02-21 12:11:04  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Luar ke-5 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) diadakan di Vientiane, Laos semalam.

 

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Laos, Saleumxay Kommasith bersama-sama mempengerusikan mesyuarat kali ini.

 

Wang Yi berkata, sejak LMC ditubuhkan empat tahun lalu, mekanisme tersebut semakin cekap dan skop kerjasamanya semakin meluas, sementara hubungan antara negara-negara terlibat turut diperkukuh. LMC kini beralih daripada tempoh penerokaan pesat kepada tempoh perkembangan komprehensif.

 

Wang Yi mengemukakan beberapa saranan bagi memperkasakan mekanisme itu, antaranya termasuk mempertingkat kesalinghubungan perdagangan demi mendorong pembinaan zon pembangunan ekonomi Lancang-Mekong, memperhebat kerjasama kesihatan awam, sumber air, pertanian, kehidupan rakyat, dan keselamatan bukan tradisional, serta menggalakkan pembangunan terselaras antara pelbagai mekanisme subkawasan.

 

Para menteri luar menyahut saranan tersebut, dan komited membuat persiapan bagi sidang kemuncak ke-3 LMC pada tahun ini.

王瑾