Bantuan dari Myanmar Tiba di China

2020-02-26 12:26:30  CRI
Share with:
Pesawat tentera udara Myanmar tiba di Wuhan pagi semalam dengan membawa bekalan barang bantuan untuk melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Barangan yang disumbangkan termasuk 90,000 penutup mulut dan hidung, 90,000 pelindung mata, bahan penyahjangkit dan pakaian pelindung.

Ketua Turus Am Pasukan Pertahanan Myanmar, Mya Tun Oo menyatakan sudah menjadi tradisi bagi tentera China dan Myanmar untuk bantu-membantu. Beliau berharap China dapat mengatasi wabak tersebut dengan secepat mungkin.

Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai yang turut berada di lapangan terbang, mengucapkan terima kasih atas bantuan tentera Myanmar dan memaklumkan perkembangan situasi di China.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan dan Sukan Myanmar, tiada kes COVID-19 dilaporkan di negara itu setakat 24 Februari, dan 40 orang yang telah selesai menjalani pemantauan disahkan negatif.
 
张弘