Myanmar Contohi Pengalaman China Lawan Wabak

2020-03-16 12:19:10  CRI
Share with:
Myanmar telah membatalkan semua aktiviti berskala besar dan perhimpunan beramai-ramai termasuk Pesta Songkran untuk mengatasi wabak koronavirus baharu (COVID-19) yang sedang merebak pantas di dunia.

Tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat tempatan berkata, situasi semasa di China sudah bertambah baik, banyak pengalamannya dari segi pencegahan dan kawalan wabak wajar dicontohi Myanmar dan negara-negara lain.

Sejak tercetusnya wabak ini, pelbagai lapisan masyarakat Myanmar memberi sokongan kepada China. Timbalan Menteri Perdagangan, Aung Htoo berkata hal ini menunjukkan semangat bantu-membantu dalam komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua negara.

Bekas Duta Besar Myanmar ke China, Sein Win Aung berkata, Presiden Xi Jinping telah memimpin perjuangan melawan wabak dengan amat cekap. Kebanyakan syarikat China sudah pulih beroperasi pada masa ini. Walaupun wabak memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi China, namun kesannya tidak berpanjangan.

Setiausaha Parti Demokratik Myanmar, Than Than Nu berpendapat puncak wabak di dalam negara China sudah berlalu. Tindakan pencegahan dan kawalan wabak negara ini terbukti berkesan.

Pada masa ini, banyak negara termasuk Myanmar sedang mencontohi pengalaman China dalam usaha melawan wabak, seperti menutup kawasan yang terlibat, menjalankan kuarantin dan membina hospital sementara.
张弘