Sumbangan Kerajaan China Tiba di Malaysia

2020-03-29 12:14:53  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_ml

Sumbangan bekalan kerajaan China bagi melawan wabak COVID-19 telah tiba di Kuala Lumpur semalam. Sumbangan ini termasuk 100,000 unit reagen ujian asid nukleik, 100,000 penutup hidung dan mulut N95, 500,000 pelitup pembedahan, 50,000 pakaian pelindung dan 200 buah mesin pernafasan mudah alih.

图片默认标题_fororder_ml3

Duta Besar China mewakil kerajaan menyerahkan barangan derma tersebut kepada pihak Malaysia. Bai Tian menyatakan, barang-barang yang disumbangkan kerajaan China tersebut dengan segera telah dihantar ke Malaysia, dan diharap dapat memberi sokongan kuat kepada Malaysia dalam memerangi wabak. Dalam langkah seterusnya, atas permintaan pihak Malaysia, China akan menghantar kumpulan pakar perubatan ke negara itu untuk berkongsi pengalaman diagnosis, rawatan, dan pencegahan dengan pakar perubatan tempatan. Apabila perlu, China sanggup terus memberikan sokongan teknikal dan barangan kepada Malaysia.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Beliau yakin, asal sahaja kedua-dua negara ini berusaha bersama-sama, sebarang kesukaran kita akan mengatasi bersama-sama.

图片默认标题_fororder_ml2

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hisammuddin Huseein mewakili negaranya telah menerima barangan derma tersebut. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak China yang membabitkan Kedutaan Besar China di Malaysia, kerajaan daerah dan badan bukan kerajaan yang cepat membalas permohonan Malaysia, dan sudi menderma sumbangan kepada negaranya.

图片默认标题_fororder_ml4

高蕾