Jangan Sampai Tercemar Semangat Muhibah

2020-04-01 14:47:00  CRI
Share with:

Bukan sehari dua kebelakangan ini sahaja yang sesetengah pihak di dunia Barat membuat "perhitungan politik" menyasarkan China. 

Baru-baru ini, ketika China terus-menerus menghantar bekalan bahan-bahan perubatan kepada negara-negara lain yang sedang bergelut dengan wabak COVID-19, timbul pula dakwaan bahawa bantuan China itu bertujuan meningkatkan pengaruhnya di seberang laut. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam taklimat media di Beijing pada 30 Mac lalu mempersoalkan adakah mereka mahu melihat China berpeluk tubuh sahaja dan bersikap tidak ambil peduli pada masa getir ini?

Jurucakap itu sekali lagi menegaskan bahawa angsa China sentiasa membalas budi, dan tidak akan melupakan bantuan dan sokongan yang diberi masyarakat antarabangsa semasa mengharung kesulitan lalu. 

Ketika itu, tiada media China yang mentafsirkan bantuan daripada kerajaan dan pertubuhan asing sebagai satu “perhitungan politik”. Melihatkan wabak yang sedang menular pantas di serata dunia, China dengan sedaya upaya memberi bantuan dan sokongan terhadap masyarakat antarabangsa. Usaha yang dilakukan China dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas ini turut mendapat penghargaan meluas. 

Namun begitu, ada politikus dan media Barat sengaja memutarbelitkan semangat muhibah ini, malahan menghasut pertentangan antara China dengan negara-negara terbabit. Sebenarnya, tujuan China membantu negara-negara lain dalam usaha membendung wabak tidak rumit, iaitu kerana mahu menyelamatkan lebih banyak nyawa manusia. 

Dalam hal ini, tiada “diplomasi penutup mulut dan hidung” mahupun “pertimbangan geopolitik” yang disebut-sebut sesetengah pihak. Jika benar wujudnya perselisihan dalam proses kerjasama, ini bukanlah suatu kelaziman dan segalanya dapat diselesaikan secara praktikal sekiranya kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat berdasarkan prinsip perniagaan. Seandainya setiap perkara diberi tafsiran yang bersifat politik, maka akan terjejaslah kerjasama antarabangsa dalam perjuangan melawan wabak. 

王瑾