Kekalkan Jalan Pembangunan Hijau

2020-04-03 14:00:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_138937318_15857099737191nx

 

Tinjauan Presiden Xi Jinping ke provinsi Zhejiang lebih jelas kesignifikanannya pada saat genting melawan wabak COVID-19 ketika ini.
 
Selain memperketat pencegahan dan kawalan wabak berkenaan, China juga sedang mempercepat pemulihan operasi dan kegiatan pengeluaran syarikat bagi merealisasikan matlamat pembangunan sosioekonomi tahun ini dan mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh.
 
Perkataan “menyeluruh” ini bukan sahaja bermakna tahap pembangunan sosioekonomi perlu memenuhi standard yang ditetapkan, di samping itu perlindungan ekologi juga salah satu indeks yang mesti diambil kira.
 
Pemerebakan pantas COVID-19 di dunia teruk menjejaskan kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, dan China juga tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya. Ramai yang bimbang sama ada negara ini akan kembali ke jalan pembangunan lama demi mewujudkan pertumbuhan ekonomi.
 
Menurut laporan Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC), gagasan pemodenan negara menyasarkan kewujudan yang harmoni antara manusia dengan alam. Adalah dianggap penting untuk mencipta lebih banyak kekayaan material dan spiritual bagi memenuhi keperluan rakyat terhadap kehidupan yang lebih sejahtera, selain memuaskan permintaan mereka yang mendambakan persekitaran ekologi yang lebih indah.
 
 
图片默认标题_fororder_1125799612_15857402321101n
 
 
Semasa tinjauan ke provinsi Zhejiang baru-baru ini, Presiden Xi menjelaskan bahawa biar betapa sukar sekalipun cabaran yang didepani, PKC tetap akan mengotakan janjinya kepada rakyat dan teguh menempuh jalan pembangunan ke arah matlamat yang ditetapkan.
 
Malahan, wabak COVID-19 telah menyuntik inspirasi dan motivasi untuk terus mengejar pembangunan yang bersifat hijau. Seperti yang ditekankan Presiden Xi, peluang hendaklah direbut dan dicipta daripada sebarang kesukaran yang dialami.
 
Ketika menghadapi virus yang membadai ini, umat manusia kian menyedari betapa pentingnya mengekalkan konsep pembangunan hijau, memperkukuh pembinaan tamadun ekologi dan mewujudkan keharmonian antara manusia dengan alam.
 
Bagi pertumbuhan ekonomi China, pembangunan hijau akan melipatgandakan daya penggunaan dan penggerak baharu. Skala ekonomi hijau di China dijangka akan mencatat RMB12 trilion pada 2025, atau 8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Menjelang 2035, kadar itu akan naik kepada 10%. Banyak ahli ekonomi meramalkan, pertumbuhan ekonomi China akan makin bergantung kepada ekonomi hijau.
 
“Gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak; mari kita menjadikan gunung hijau dan air jernih lebih indah dan membangunkan gunung emas dan perak lebih besar”, begitulah komitmen China kepada masa depan.
 

 

王瑾