Siapa Sebenarnya “Penyembunyi Mahir”?

2020-04-11 12:45:09  CRI
Share with:

Demi menafikan kelalaian pihak sendiri dalam usaha membendung wabak COVID-19, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo baru-baru ini sekali lagi menuduh China menyembunyikan keadaan wabak, sedangkan maklumat yang dikongsi China terbukti benar dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Padahal, sesetengah politikus AS yang barulah benar-benar dikatakan “penyembunyi mahir”. Mereka bukan sahaja tidak mengambil iktibar daripada kelalaian sendiri malah berdegil mahu mengambinghitamkan China, perbuatan yang dianggap tidak bermoral.

Saluran perkongsian maklumat antara China dan AS sentiasa lancar. Tambahan pula, saintis dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Institut Kesihatan Nasional (NIH) AS yang menyertai kumpulan pakar bersama China-WHO, telah pun menjalankan tinjaun di China selama 9 hari bagi memantau perkembangan situasi dan usaha pencegahan wabak secara menyeluruh.

Kadar kematian COVID-19 yang lebih rendah berbanding negara lain turut dipersoalkan oleh sesetengah pihak di AS. Hal ini sebenarnya sudah dijawab oleh Wakil WHO di China, Gauden Galea pada 7 April.

Beliau menjelaskan bahawa kadar kematian yang lebih tinggi di pelbagai negara adalah disebabkan mereka yang mengalami simptom ringan tidak diambil kira sebagai pesakit COVID-19 semasa pemerebakan wabak pada peringkat awal. Kadar kematian yang lebih rendah di China turut menggambarkan pengesanan virus dijalankan dengan lebih luas serta perkongsian maklumat yang tepat dan telus.

张弘