Kelalaian Lawan Wabak Mustahil Ditutup

2020-04-12 15:31:44  CRI
Share with:

Senator Parti Republikan, Lindsey Graham dalam sebuah program TV mendakwa China mesti bertanggungjawab terhadap kematian 16 ribu pesakit COVID-19 dan pengangguran 17 juta orang di AS.

Taktik seumpama kerap kali diamalkan politikus AS dengan niat mengambinghitamkan China bagi menutup kelalaian mereka dalam usaha membendung wabak, sekali gus memelihara kepentingan politik diri.

Padahal, kelemahan dalam pengesanan virus dan kekurangan perkakasan pelindung perubatan terbukti punca kegagalan Washington membendung pandemik tersebut. Kini, semakin banyak media dan institusi tempatan telah pun mula bermuhasabah.

Akhbar The Washington Post menerbitkan artikel bahawa dalam tempoh 70 hari iaitu sejak menerima amaran penularan wabak dari China pada 3 Januari hingga keadaan darurat diisytiharkan di AS pada 13 Mac, Washington bersikap tidak ambil peduli malah menyembunyikan keadaan sebenar sehingga membazir banyak masa yang patut dihargai.

Rencana pengarang akhbar The Boston Globe pula menyebut, banyak kesengsaraan dan kematian sebenarnya boleh dielakkan. Namun, keputusan White House yang membawa kepada malapetaka.

张弘