Murah di Mulut, Mahal di Timbangan

2020-04-12 13:28:40  CRI
Share with:

AS sekali lagi “berjanji” menghulurkan bantuan kepada negara lain untuk membanteras wabak COVID-19 apabila lagi sumbangan bernilai USD225 juta diumumkan Setiausaha Negara Mike Pompeo baru-baru ini.

Namun, soalannya adalah sama ada bantuan itu akan benar-benar diberi seperti yang dijanjikan?

Pada awal Februari, Pompeo berkata kerajaan AS akan menyediakan bantuan bernilai USD100 juta kepada beberapa negara termasuk China. Ini disusuli dengan janjinya pada hujung Mac bahawa bantuan sebanyak USD274 juta akan disalurkan kepada dunia untuk melawan wabak.

Jika meneliti angka berkenaan, bantuan yang disebut 274 juta dolar itu sebenarnya merangkumi 100 juta dolar yang telah diumumkan sebelumnya.

Perkara yang lagi mengelirukan ialah tiada sedolar pun bantuan dana diterima China.

“Murah di mulut, mahal di timbangan”, beginilah gambaran sikap Washington dalam hal ini.

Janji mulut yang dibuat oleh politikus AS sekali lagi memperlihatkan, yang diprihatinkan mereka bukanlah pembendungan wabak, tetapi kuasa hegemoni AS di lingkungan sejagat. Bahkan, bantuan yang berkaitan dengan keselamatan nyawa telah pun dieksploitasi mereka demi niat geopolitik. 

张弘