Pakar China Selesai Misi di Laos

2020-04-13 12:50:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lw

Kumpulan pakar perubatan China yang dihantar ke Laos untuk membantu usaha melawan wabak COVID-19 di negara itu pulang ke tanah air semalam selepas menyelesaikan misinya.

Duta Besar China ke Laos, Jiang Zaidong dan Menteri Kesihatan Laos, Bounkong Syhavong mengucapkan selamat jalan kepada mereka di lapangan terbang.

Dalam tempoh dua minggu lalu, kumpulan pakar seramai 12 anggota itu telah menyusun pelan pencegahan dan rawatan mengikut pengalaman lalu serta keadaan semasa di Laos.

图片默认标题_fororder_lw4

Selain memberi pertolongan dalam pembinaan hospital khas bagi pesakit COVID-19, mereka turut menawarkan lebih 20 sesi latihan kepada kakitangan perubatan dari seluruh Laos, membantu meningkatkan kemampuan ujian makmal, serta memperkenalkan pengetahuan pencegahan wabak kepada pelajar dan agensi China di negara itu.

图片默认标题_fororder_lw2

Duta Besar China, Jiang Zaidong menyatakan atas usaha bersama kedua-dua pihak, kesedaran pencegahan wabak di serata Laos meningkat dengan ketara, yang telah memainkan peranan penting bagi mencegah penularan epidemik berkenaan.

Menteri Kesihatan Laos, Bounkong Syhavong menyanjung tinggi kerja kumpulan pakar tersebut dan menganggap bantuan daripada China itu benar-benar menggambarkan ikatan komuniti berkongsi nasib yang kukuh antara kedua-dua negara.

图片默认标题_fororder_lw3

高蕾