COVID-19: Telesidang ASEAN+3 Berhasil

2020-04-16 13:49:32  CRI
Share with:

Telesidang khas pemimpin ASEAN Campur Tiga berhubung wabak COVID-19 telah mencapai hasil penting termasuk persepakatan untuk meningkatkan kerjasama, membangkitkan hasrat untuk bekerjasama dan menetapkan hala tuju kerjasama berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media di Beijing semalam berkata, Perdana Menteri Li Keqiang yang turut menyertai sidang tersebut telah memperkenalkan pengalaman negara ini dalam mencegah dan mengawal wabak sambil menjana perkembangan sosioekonomi. Beberapa inisiatif kerjasama yang dikemukakan beliau untuk memperhebat sinergi memerangi wabak, memulihkan pertumbuhan ekonomi dan merapatkan penyelarasan dasar mendapat sahutan pelbagai pihak terbabit.

Katanya, para peserta sidang bersetuju untuk terus berkongsi maklumat, bertukar-tukar pengalaman, mengintensifkan kerjasama membabitkan penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan dan vaksin, menjamin bekalan keperluan perubatan, menubuhkan tabung khas bagi menyokong negara ASEAN mengatasi wabak serta membincangkan keperluan simpanan barang perubatan.

Selain itu, pelbagai pihak bersepakat untuk mengurangkan impak terhadap sosioekonomi, mengekalkan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta interaksi warga, di samping memastikan kelancaran rantai bekalan dan merangsang perkembangan ekonomi.

高蕾