Tindakan pemimpin Amerika Syarikat (AS) menggantung pembayaran yuran kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dianggap umum adalah untuk memindahkan perhatian penduduk negara itu serta mengalihkan tanggungjawabnya kepada pihak lain. Pemimpin AS dalam sidang akhbar berkenaan telah menyenaraikan ‘beberapa kesalahan’ WHO, tetapi tidak ada satu pun tuduhan itu berasas kerana dipercayai membelakangi fakta yang benar.
Pertama, AS mendakwa WHO ‘melalaikan kewajipan kerja dan menutup maklumat tentang penyebaran virus’. Hakikatnya, China telah melaporkan maklumat wabak kepada WHO secara berkala bermula 3 Januari, dan dua hari kemudian WHO mengeluarkan amaran tentang munculnya kes penyakit pneumonia yang tidak diketahui puncanya kepada dunia serta memaklumkan keadaan wabak itu kepada pegawai dari pelbagai negara termasuk AS, yang bertanggungjawab kesihatan awam melalui telesidang secara berkala bermula 7 Januari. Bukan sahaja sebegitu, WHO juga sering mengadakan sidang media untuk memaklumkan situasi wabak, mengeluarkan cadangan berwibawa dan menyelaraskan tindakan pencegahan wabak. Namun dalam tempoh dari Januari hingga Februari, AS kelihatan hampir senyap sahaja dalam mengambil langkah yang wajar untuk menangani wabak .
Kedua, AS menuduh WHO ‘tidak dapat menilai situasi wabak di China dengan objektif, malah berperanan sebagai pembela China’. Pada hakikatnya WHO telah menghantar sebuah kumpulan pakar antarabangsa termasuk yang dari AS ke China pada bulan Februari. Kumpulan itu mengeluarkan satu laporan terperinci dan memuji China telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang paling berani, fleksibel dan aktif dalam sejarah serta berkongsi pengalaman yang penting dengan negara-negara lain dalam melawan wabak. Kesimpulan dari tinjauan barisan depan ini adalah objektif dan menggambarkan persepakatan masyarakat antarabangsa.
Ketiga, AS menyikfatkan ‘keputusan WHO menentang larangan perjalanan’ pada awal tercetusnya wabak adalah ‘bersifat malapetaka’. Sebenarnya selaku organisasi antarabangsa yang paling berwibawa dan profesional dalam sektor kesihatan dan keselamatan awam di dunia, WHO mengeluarkan semua cadangan berkenaan berdasarkan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR). Yang perlu ditunjukkan itu adalah Jawatankuasa Kecemasan WHO, yang berperanan penting dalam membuat cadangan, terdiri daripada pakar pelbagai negara, termasuk pakar AS.
Menurut kenyataan Sidang Kemuncak Khas Pemimpin G20 yang diadakan baru-baru ini, semua pihak berkomitmen untuk menyokong dan memperkukuh lagi tanggungjawab WHO dalam menyelaraskan tindakan melawan wabak antarabangsa. Tetapi sekarang, tuduhan dan fitnah AS serta pembekuan yurannya kepada WHO mengingkari komitmen antarabangsa, dan sangat tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.
Situasi penularan COVID-19 amat serius sekarang ini, terbukti dengan jumlah kes jangkitan di seluruh dunia telah mencecah 2.15 juta. AS sepatutnya menghentikan perbuatan yang mempolitikkan wabak dengan serta merta dan kembali ke landasan kerjasama antarabangsa untuk melawan wabak.