Dakwaan AS Mengenai Makmal Wuhan Tidak Berasas

2020-04-22 13:58:13  CRI
Share with:

Fox News Amerika Syarikat (AS) kerap kali membuat laporan tidak berasas yang menyatakan virus COVID-19 berasal dari sebuah makmal di Wuhan. Namun, laporan yang memetik “sumber berkenaan” itu tidak boleh menyatakan sebarang bukti kukuh.

Yang diketahui umum bahawa Fox News ialah pengikut setia kepada pemimpin AS, tujuan di belakang laporan tersebut adalah untuk mengalihkan tumpuan umum terhadap ketidakefesienan Washington dalam melawan wabak ke China, demi mengelakkan tanggungjawab sendiri.

Sejak tercetusnya wabak COVID-19, terdapat banyak khabar angin dan spekulasi mengenai makmal di Wuhan itu. Sebenarnya, Institut Virologi Wuhan mengekalkan kerjasama penyelidikan sains yang rapat dengan AS, Perancis dan negara-negara lain. 

BBC dalam liputannya baru-baru ini memetik kenyataan pakar keselamatan biologi dari King's College London, Filippa Lentzos bahawa jika makmal virologi sesebuah negara menyertai projek antarabangsa, makmal itu mesti memenuhi standard keselamatan biologi antarabangsa. Tiada bukti yang menunjukkan virus COVID-19 berasal dari makmal Wuhan atau makmal lain. Pandangan ini mewakili konsensus kalangan sains antarabangsa.    

Pada hakikatnya, sejak tercetusnya wabak COVID-19, makmal Wuhan bertungkus lumus untuk menjalankan penyelidikan, melaporkan urutan gen virus berkenaan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyediakan asas penting kepada dunia untuk menjalankan ujian awal dan menghasilan vaksin.

Isu patogen tidak harus melampaui skop penyelidikan saintifik dan tidak patut dipolitikkan. AS harus sedar bahawa musuh sebenar mereka ialah virus, bukanlah China. Yang paling mendesak ketika ini, usaha perlulah tertumpu kepada kerja-kerja membendung wabak, bukanlah mencemarkan imej China untuk mengelakkan tanggungjawab sendiri.

王瑾