Pasukan Pakar China Selesai Misi di Myanmar

2020-04-23 13:31:38  CRI
Share with:

Pasukan pakar perubatan seramai 12 anggota yang dihantar pihak China ke Myanmar pulang ke Kunming semalam selepas menyelesaikan misi mereka. Menteri Kesihatan dan Sukan Myanmar Dr. Myint Htwe merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pasukan tersebut menerusi ucapan secara lintas langsung di Naypyidaw. 

Difahamkan, sejak ketibaan mereka pada 8 April, pasukan itu telah mengunjungi 43 institusi perubatan dan badan-badan berkenaan di Yangon dan Mandalay, memberi kursus latihan sebanyak 25 kali kepada lebih 400 kakitangan tempatan. Mereka turut berkongsi pengalaman melawan wabak di China dan memberi pandangan dan cadangan mengenai kerja membendung wabak di Myanmar. 

Setakat semalam, sejumlah 123 kes COVID-19 dilaporkan di Myanmar, lima daripadanya meninggal dunia manakala sembilan sudah sembuh. 

王瑾