TCM Mampu Bantu Usaha Lawan COVID-19

2020-04-23 14:01:40  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125892672_15875709993431n

 

Penggunaan ramuan perubatan tradisional China (TCM) dalam usaha melawan wabak COVID-19 menjadi fokus perbincangan antara pakar-pakar kesihatan dari China dan Malaysia. 

Telesidang yang diadakan di Kuala Lumpur semalam, menghimpunkan kepakaran pasukan ahli perubatan yang dihantar China ke Malaysia bersama-sama lebih 150 tokoh bidang berkenaan serta wakil syarikat farmaseutikal tempatan. 

Pakar China telah berkongsi pengalaman dengan teman-teman seperjuangan di Malaysia tentang penggunaan TCM dalam pencegahan wabak dan rawatan pesakit. Pelan diagnosis dan rawatan yang dilaksanakan di Guangdong dianggap sesuai untuk diamalkan di Malaysia kerana provinsi itu mempunyai iklim dan gaya hidup yang serupa. 

TCM agak popular di Malaysia, sebuah negara yang mempunyai sejumlah besar orang keturunan Cina dan perantau China. Ramuan ubat-ubatan tradisional Cina makin laris pada tempoh wabak ini, dengan jumlah jualan yang dilaporkan meningkat kira-kira 50%. 

Baru-baru ini, kumpulan pakar China telah melawat hospital yang ditetapkan untuk menerima pesakit COVID-19 serta badan-badan penyelidikan berkenaan di Malaysia untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu spesifik seperti penerimaan pesakit, pengurusan wad dan kebajikan staf perubatan. 

王瑾