Parti Republikan Kongsi Taktik Kambinghitamkan China

2020-04-26 13:14:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_26_1_26_1_6012_1b92cd71-bf32-4335-b491-38416dcb0e4d

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_26_1_26_1_6012_56d06db1-d062-4f2b-8bc7-500e0b6de451

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_26_1_26_1_6012_2d53de6e-390c-4355-9d6b-fe0a82285868

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_26_1_26_1_6012_77023bbb-6bbf-40d8-9121-5bf1c564008f

Tindakan mengambinghitamkan China dengan membuat-buat bermacam-macam tuduhan untuk mengelakkan tanggungjawab sendiri, taktik kerajaan Amerika Syarikat (AS) melawan wabak.

Menurut laporan Politico, laman sesawang berita politik AS pada 24 April lalu, badan pimpinan kempen pilihan raya Parti Republikan telah mengedarkan memorandum setebal 57 muka kepada pelbagai calon pilinan raya tentang cara menyalahkan China apabila ditanya “adakah ini kesalahan Donald Trump?” atau “adakah ia berkaitan dengan rasisme?”

Menurut laporan Politico, memoramdum tersebut bertarikh 17 April dan dihasilkan oleh syarikat nasihat politik milik Brett O’ Donnell, strategis veteran dari Parti Republikan. O’ Donnell pernah menjawat jawatan penasihat Setiausaha Negara Mike Pompeo dan senator negeri Arkansas, Tom Cotton.

Ahli Parti Republikan sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya merancang untuk menjadikan China topik utama bagi pilihan raya 2020. Contohnya, kumpulan Donald Trump telah menyiarkan satu klip video baru-baru ini yang sengaja menonjolkan imej Joseph Robinette Biden, calon Parti Demokratik yang berbaik dengan China.

Menurut tinjauan pendapat umum, tindakan mencemarkan nama China adalah berkesan.
Mengulas momerandum tersebut, jurucakap suruhanjaya Parti Republikan dalam dewan senat, Jesse Hunt tidak menafikan perkara itu dan berkata bahawa pihaknya akan menghantar beberapa puluh dokumen dan maklumat kepada pelbagai kumpulan kempen setiap minggu. Ini tanggungjawab mereka, khususnya pada waktu kelam kabut ketika ini.

曹捷