“Semangat Perpindahan ke Barat” Harus Disemarakkan

2020-04-26 13:12:23  CRI
Share with:

Pada tahun 1950-an, Universiti Jiaotong yang terletak di Shanghai dipindah ke Xi’an bagi menyokong pembangunan sosioekonomi di kawasan barat. Lebih 1,400 pensyarah dan kakitangan serta kira-kira 3,000 mahasiswa berpindah ke bandar Xi’an. Ini dikenang sebagai “perpindahan ke barat”. Dalam tempoh lebih 60 tahun yang lalu, warga Universiti Jiaotong telah memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.

Presiden Xi Jinping baru-baru ini ketika melawat Universiti Jiaotong Xi’an menggalakkan para pensyarah dan mahasiswa agar menyemarakkan semangat generasi terdahulu dan tabah mengatasi sebarang kesulitan. Menurutnya, terasnya “semangat perpindahan ke barat” ialah patriotik. Semangat seumpama itu merupakan sumber bagi pembangunan yang berjaya di China dalam tempoh berdekad-dekad lamanya.

Tahun ini mempunyai erti yang istimewa bagi China. Kerajaan komited mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan membina masyarakat kaya secara menyeluruh pada tahun ini. Walau bagaimanapun pandemik COVID-19 yang tercetus secara tiba-tiba telah membawa impak kepada pembangunan sosioekonomi negara ini.

Presiden Xi menegaskan bahawa “semangat perpindahan ke barat” juga tidak ketinggalan dan tetap amat penting pada masa sekarang.

Semangat itu akan menggalakkan rakyat China memerangi pandemik kali ini hingga mencapai matlamat yang ditetapkan.

曹捷