Ekologi Banjaran Qinling, Tumpuan Presiden Xi

2020-04-27 13:23:37  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_qinling1

Perlindungan ekologi di Banjaran Qinling menjadi tumpuan perhatian Presiden Xi Jinping semasa mengadakan tinjauan di provinsi Shaanxi baru-baru ini.

Banjaran Qinling yang terletak di bahagian tengah China merupakan garis sempadan antara dua sungai utama iaitu Sungai Kuning dan Sungai Yangtze selain membahagikan kawasan penanaman gandum di utara dengan sawah di selatan. Pergunungan itu mempunyai ekologi yang sangat bernilai dari segi sumber air dan hasil bumi serta memainkan peranan signifikan bagi memelihara alam sekitar.

Gagasan bagi melindungi ekologi di Banjaran Qinling dibuat dengan melepaskan kepentingan jangka pendek dan sebaliknya mengejar pembangunan yang lestari.

Walaupun berdepan dengan cabaran semasa yang besar, namun usaha memelihara ekologi tetap diutamakan kerajaan China dalam mewujudkan pelbagai matlamat pembangunan penting pada tahun ini.

张哲