Fitnah Dedah Kelalaian Rumah Putih

2020-04-27 14:28:57  CRI
Share with:

Pengarah Pejabat Dasar Perdagangan dan Pembuatan Rumah Putih, Peter Navarro akhir-akhir ini menyebarkan bermacam-macam khabar angin dan fitnah yang bertujuan mencemari imej China dengan penularan pandemik COVID-19 sebagai alasan.

Fitnahnya berkisar pada soal asal usul wabak baharu itu diperkaitkan dengan China, mendakwa virus berkenaan terhasil dari makmal dan pemerebakannya berpunca daripada warga China. Dia juga memburukkan nama China dengan mengatakan negara ini mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebih-lebihan dengan menyimpan peralatan pelindung diri (PPE). Kesemua tuduhan tersebut tidak berasas kerana betapa jelasnya dia cuba mengalihkan perhatian masyarakat dan menyembunyikan kelalaian kerajaan sendiri ketika menghadapi wabak berkenaan.

Keberkaitan asal usul virus dengan China sebenarnya stigma kerana itu satu persoalan saintifik yang perlu dirungkai secara profesional. Memang benar China negara pertama yang melaporkan situasi wabak COVID-19 kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), namun ini bukan bermakna Wuhan tempat asal usul virus berkenaan.

Navarro menuduh China menyembunyikan keadaan sebenar wabak dengan mempergunakan WHO. Pada hakikatnya, negara ini telah mula memaklumkan perkembangan situasi kepada WHO, negara-negara lain termasuk AS dan organisasi serantau secara berkala sejak 3 Januari. Tetapi, Washington mengambil sikap sambil lewa terhadap amaran berkenaan dan terlepas peluang terbaik untuk membendung penularan COVID-19.

Satu lagi fitnah yang dilontarkan Navarro bahawa China mendapat keuntungan melampau-lampau daripada simpanan PPE adalah dusta semata-mata. Sebenarnya, segenap lapisan masyarakat China tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada negara yang memerlukan menerusi saluran kerjasama komersial ataupun secara kemanusiaan.

Ironiknya, tatkala risiko penularan makin meningkat di peringkat global, AS bukan sahaja tidak pernah menghulurkan tangan membantu, malah merampas pelitup muka yang digerakkan ke Jerman. Tambah lagi, negara itu mengarahkan Syarikat 3M menghentikan eksport produk tersebut ke Kanada dan negara-negara Amerika Latin.

Jawatan di Rumah Putih meletakkan tanggungjawab pada Navarro untuk memastikan kestabilan bekalan barang-barang mengawal COVID-19. Namun, yang ditunjukkannya ketika ini hanyalah kelalaian dalam menyelaraskan kelengkapan perubatan, kejahatan mengambinghitamkan pihak lain dan kelakuan memalukan yang berbaur rasisme.

张哲