Pompeo Jadikan Diri Musuh Manusia

2020-04-28 11:47:29  CRI
Share with:

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo gagal menunjukkan sebarang kepimpinan dalam melawan wabak COVID-19, sebaliknya menggunakan isu tersebut untuk menyerang negara yang dianggap saing, termasuk China dan Iran.

Kelakuannya mengundang kritikan Politico, laman sesawang berita politik negara sendiri kerana teruk menjejaskan kerjasama antarabangsa bagi membanteras wabak. Bukan setakat itu, perbuatan politikus tersebut telah menjadikannya sasaran kecaman ramai di dalam negeri.

Sejak tercetusnya wabak, Pompeo umpama “orang halimunan” yang tidak berikhtiar membendung wabak, tetapi berdegar-degar memburukkan China.

Tindakannya yang sengaja mengaitkan virus COVID-19 dengan Wuhan ternyata berniat mengambinghitamkan China bagi menutup kelalaian pihak sendiri dan mengalih tumpuan awam.

Pompeo juga tidak ketinggalan menuduh China menyembunyikan maklumat berhubung wabak. Namun, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Robert Redfield telah mengakui secara terbuka bahawa sebahagian kes kematian pada musim influenza sejak bulan September tahun lepas, sebenarnya disebabkan COVID-19.

Pompeo sepatutnya menyedari bahawa musuh AS bukanlah China, tetapi virus. Sebarang tindakan yang mencemari solidariti dan kesalingpercayaan, akhirnya akan menjejaskan kepentingan AS sendiri. Jika terus berdegil mengaut laba politik tanpa menghiraukan kepentingan awam, Pompeo pasti meninggalkan nama buruk dalam sejarah AS. 

张哲