Terserlah Nilai Tradisional Saat Hadapi Wabak

2020-04-30 12:33:35  CRI
Share with:

Pembantu Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Bruce Aylward meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila melihat sendiri semangat kolektif dan kerjasama yang ditekuni warga Wuhan dalam tempoh perintah berkurung berikutan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

 

“Bandar ini sepi dan sunyi daripada sebarang aktiviti, namun di sebalik setiap jendela kaca adanya penduduk yang mematuhi arahan berkurung”, ujarnya selepas turun padang ke Wuhan untuk memeriksa situasi wabak, hujung Februari.

 

Di depan mata pakar kesihatan awam itu, strategi yang disusun rapi berteraskan rakyat serta keberkesanan bimbingan Presiden Xi Jinping menjanjikan kemenangan besar dalam perjuangan memerangi wabak. Sebenarnya, konsep berteraskan rakyat berurat berakar dalam budaya tradisional Cina.

 

Ketika ini, konsep tersebut ditafsirkan pemerintah hingga menjadi nilai moralnya. Presiden Xi sentiasa menekankan betapa pentingnya kesihatan dan keselamatan rakyat yang menjadi keutamaan kerajaan sepanjang perjuangan melawan COVID-19. Dengan mematuhi bimbingan “jiwa didahulukan”, institusi perubatan dalam negeri bertungkus-lumus menawarkan rawatan kepada setiap pesakit tanpa mengira usia. Selain adanya insurans perubatan, kerajaan juga memberi perlindungan kepada pesakit parah yang dibebani kos rawatan tinggi.

 

Konsep “berteraskan rakyat” juga diamalkan sebaik-baik setiap individu tatkala berhadapan cabaran getir. Dengan menjunjung kepentingan negara, semangat tolong-menolong menyerlah dalam kalangan rakyat China.

 

Seperti pegangan “dunia boleh mengecap keharmonian” yang dijunjung tinggi dalam budaya tradisional Cina, konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang diketengahkan Presiden Xi mempunyai visi yang sama. Terutamanya, sifat China yang sudi menghulurkan tangan membantu dan membalas jasa dan budi baik tampil lebih terserlah apabila seluruh dunia menghadapi krisis yang mencabar.

林莹